COtton Japanese Cheese Cake 2
kredit to sumber: https://aniza-itsmylife.blogspot.com/2013/02/resipi-japanese-cotton-cheese-cake-mudah.html
Bhn2:-
6 keping sliced cheese (sy guna brand Cheesedale)
300 ml fresh milk (Dutch Lady - Low Fat, hoccay!! hihii)
100 g butter
125 g gula kastor
100 g tepung gandum (sy guna Bluekey Self-Raising Flour)
6 biji telur (asingkan kuning & putih telur)
Esen Vanila
Steps:-
Bahan A
1st koyak2kan cheese td
Pestu masak sliced cheese td dgn fresh milk atas api sederhana sampai cheese td hancur (sambil kacau ye)... lps dh sebati, masukkan butter n kacau lagi sampai butter cair. dh tu tutup api. biar sejuk.
Bahan B
dalam bekas lain, pukul putih telur + gula sampai kembang @ maringue. Part nie paling nerbes sbb nk kene make sure putih telur tu x bercampur langsung ye dgn kuning telur...kalo x, mmg xmenjadi kekdahnye (petua yg sy baca la). So mmg pecah peluh nk asingkan telur nie, resipi ni guna 6 biji je tp sampai 11 biji telur baru dapat kuantiti yg betul...(habis telur dlm freezer aku kejekan =P) lagi 1 petua, make sure bekas mixer yg kita guna btl2 kering n bersih, kalo x maringue xjd...
Bahan C
pukul kuning telur sampai kembang + esen vanilla.
so inila bhn2 yg kita dh prepare td...
sy perkenalkan dari kiri; bahan A, bahan C, dan bahan B, hehe..
Next steps kita mix kan bahan A + C. Lps dh sebati masukkan tepung sikit2 (sbb xnk nnt jd berketul-ketul). Kacau guna whisk/spatula jerr sampai sebati. Pestu masukkan bahan B sikit2. Kacau perlahan sampai adunan sebati mcm nie..
Kemudian tuang aduan dalam loyang yang diletak griss paper kt dasarnya n sapu sedikit butter di sekeliling loyang.
Masak guna kaedah water-bath. Caranya letakkan loyang td ke dalam loyang lain yg lebih besar yang berisi air panas. paras air biar separuh daripada loyang adunan kek tadi. Bakar dalam oven selama 45 minit pada suhu 170'C.
Note to Mr Rozahan a.k.a Hubby :-
Atas kek agak sedikit rentung di situ. mungkin perlu di upgrade ke oven yg lebih besar. heh!
Ulasan
Catat Ulasan