Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2021

PULUT KUNING 6 MINIT DENGAN NOXXA

 PULUT KUNING 2 cawan beras pulut - rendamkan 15 minit bersama serbuk kunyit dan asam keping 1  1/2 cawan air 1/2  cawan santan 1/2 sudu teh garam daun pandan cara-cara: 1) toskan beras pulut selepas direndam 2) masukkan dalam pot noxxa bersama 1  1/2 cawan air, garam, daun pandan 3) Tekan mode RICE 6 minit dan halakan tombol ke pressure 4) Lepas 6 minit, release wap dulu then baru masukkan santan dan gaulkan 5) Tekan mode WARM 5 minit 6) Siap Selamat mencuba

NASI LEMAK NOXXA 5 MINIT

Imej
  Nasi lemak 5 minit dgn noxxa... Masukkan je semua beras + air + santan + garam + hirisan halia sket + sedikit halba 5 cawan beras 4 cawan air 2 cawan santan Nak elak berkerak, lepas siap masak tu terus OFF kan suis..jgn release wap tu..biarkan wap tu keluar sendiri... Selamat mencuba..

DAGING Dendeng Noxxa

Imej
Kredit to FB  Eyta Ismail   Daging dendeng by noxxa 3kg daging Sedikit serbuk kunyit 2 sudu bsr gula pasir 9 sudu bsr kicap pekat 9 sudu bsr kicap manis 1 peket rempah tumis 4 beradik 3/4 kg minyak masak 3-5 senduk cili kisar Sedikit air asam jawa Garam secukup rasa 5 sudu besar kerisik 1/2 buku gula melaka Bahan hiris : 10 biji bwg merah 3 biji bwg besar 3 ulas bwg putih 1 inci halia Bahan blend : 3 biji bwg besar 3 batang serai 1 inci halia 1 inci lengkuas 1 inci kunyit Cara masak step by step 1. Hiris daging nipis (ni sbb mls nak tumbuk ), basuh bersih... toskan dan gaul dengan serbuk kunyit dan gula pasir... rebus dlm periuk noxxa... yg ni saya HP30 tp bila dah siap msak daging hancur sikit... mungkin patut HP20-25 je Dah siap rebus... Tekan stir fry sampai air tinggal dlm anggaran 1/2 mangkuk je... Off button.. kemudian toskan daging... Gaul sebati dgn kicap 2. Panaskan minyak masak guna mode stir fry... goreng daging td sampai agak2 garing...tp jgn garing sgt ye... Off periuk dan

Kuih Seri muka by Noxxa

Imej
 Kredit to FB  Puan Sheila Ayub  

Nasi Tomato Noxxa Steam 8 minit

Imej
Nasi Tomato  4 cawan beras basmathi 4 cawan air 1 cawan susu cair 2 sudu teh garam Bahan tumis: bunga lawang kayu manis buah pelaga 1 inci halia 2 labu bawang besar- hiris 4 sudu tomato sos Cara-cara: 1. Mode stir fry - tumis bunga lawang, kayu manis, pelaga, halia, bawang besar 2. Dah naik bau, masukkan tomato sos - kacau kejap 3. Cancelkan stir fry. 4. Masukkan beras, susu cair, air, garam - kacau rata 5. Tutupkan noxxa 6. Tekan STEAM 8 minit dan halakan tombol ke steam 7. Siapppp Nasi Tomato Ayam Masak Merah Acar Kubis

HONEY CHICKEN WING a.k.a KEPAK AYAM MADU

Imej
  Kredit to FB Aliah Yahaya Alia Honey Chicken Wings Resepi campak2. Bukan campak piewwwwww gitu . Takde sukatan makna nyer . Bahan Bawang putih & halia - tumbuk pakai lesung Brown sugar Sos tiram Sedikit kicap manis Serbuk cili -taruk sebab nak bg naik warna & suke pedas Honey Garam Campur semua. Gaui2 . Perap chicken wings . Lg lama lg sedap. Bakar . Yg ni pakai air fryer je . Suhu : 170c /15minit pertama Tambah masa & suhu : 180c/ 5-6 minit Ikut masing2 pny af ye . Selamat mencuba .