AYAM PENYET


Jom...hari ni sis belanja resepi nasi ayam penyet...sedappppp...ihsan dari google dan fb Zira Tag...sure meleleh tengok kannn...

Bahan-bahan Untuk Perapan Ayam
1 ekor ayam 
Ayam ni potong ikut kesesuaian, biasanya ayam di potong 4 atau di potong 8
cuci ayam bersih-bersih
Ayam kemudian di rebus hingga empuk.masukkan kiub ayam ketika merebus ayam.
Bila dah empuk angkat ayam dan toskan
* Air rebusan ayam jangan di buang kita akan gunakan untuk untuk supnya.

Bahan Perapan

1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
3 sudu besar ketumbar
* Kesemua bahan ini di sangai atau di goreng dalam kuali tanpa minyak hingga harum

1 sudu besar kunyit serbuk BABAS
1/2 sudu besar serbuk lada putih
3 ulas bawang putih
1 cm halia
sedikit air untuk mengisar
1 sudu teh garam
Minyak untuk mengoreng
1/2 cawan tepung beras ~ tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup
1 biji telur ~ tambahan untuk ayam yang kerkeriuk rangup

Caranya

Sangai dahulu jintan manis, jintan putih dan ketumbar hingga naik harum.
Masukkan bahan yang di sangai bersama serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam. Tambahkan sedikit air dan kisar hingga halus. 
Bila dah halus, lumurkan pada ayam yang kita dah rebus tadi.
Perap ayam ini semalaman sebelum di goreng. Bagi anda yang nak cepat 2 atau 3 jam perap pun ok!

Baki ramuan perapan ayam tu jangan di buang. Anda boleh ambil sedikit, dan gaulkan dengan tahu dan tempe dan perap sekali tapi dalam bekas berasingan dengan ayam ya.

Bila dah perap bolehlah di goreng.goreng ayam ni bila semua bahan lain seperti nasi, sambal dan sup telah di sediakan. Maknanya goreng ayam ni akhir sekali lah ya supaya ia masih panas bila di hidangkan dan keriuknya tu rangup..!

Baki perapan ayam atau tahu atau tempe tu.. anda campurkan dengan tepung beras dan telur. Tambahkan sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata.
Celupkan ayam tadi dalam campuran tepung dan telur tadi dan goreng dalam minyak panas secara terendam hingga ayam tu kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
Baki adunan tepung mengoreng ayam tu anda renjiskan dalam minyak dan goreng untuk dapatkan keriuk-keriuk yang rangup.
Jika tak suka ayam yang di celup tepung anda boleh terus mengoreng ayam yang telah di perap dan juga tempe.

Jom lihat bahan untuk nasi pula


(Untuk nasi saya pakai beras moghul faiza ya)

*saya masak nasi putih biasa jerr,blh jgk masukkan daun pandai untuk wangikan nasi tu...

Sementara tunggu nasi kita mask kita sediakan sup pula yerr

Bahan Untuk Sup Ayam

Baki air rebusan ayam
1 bungkus sup bunjut
1 batang serai ~ di titik
1 inc halia ~ dihiris
daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Bawang goreng 

Panaskan semula atas dapur
Tambahkan serai, halia dan sup bunjut
Masak hingga didih
Perasakan dengan garam
Taburkan daun sup dan daun bawang
Bila hidangkan taburkan bawang goreng jika suka.

Ayam dah siap, nasi dah siap, tempe dan tahu pun dah goreng, sup pun dah masak sekarang kita sediakan sambal power ni pulak ya

Bahan Untuk Sambal Penyet


Untuk resepi ni anda boleh gunakan semua cili padi atau campurkan antara cili padi dan cili merah. Kalau cili padi semua nanti berasap telinga..

10 tangkai cili padi
10 tangkai cili merah
10 biji bawang merah ~ belah 4
3 biji bawang putih ~ hiris
5 biji tomato ~ belah 4 
5 cm belacan bakar,saya X letak..
2 sudu makan ikan bilis
3 sudu besar gula merah ~ gula ni ikut secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Limau nipis atau limau kasturi
Klu nk lg pedas blh tmbh cili@kurangkan tomato tu..

Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan
Dengan minyak yang sama gorengkan pula cili merah, cili padi, bawang merah dan tomato hingga layur
Tunggu bahan ni sejuk sikit kemudian masukan dalam mesen kisar yang kering dan kisar kan ikan bilis dan bahan yang kita dah goreng tadi. Kisarkan sekali belacan bakar jika perlu 
Panaskan semula baki minyak kita mengoreng tadi dan tumiskan bahan yang kita dah kisar tadi hingga harum
Perasakan dengan gula merah dan sedikit garam
Angkat dan hidangkan
Bila nak makan nanti per ah kan jus limau dan kicap klu suka..
Siapppppp
Selamat mencuba..



Serbuk Ayam Penyet


Tepung beras 1 cawan
Tepung ubi 1/3 cawan
Secukup rasa lbh kurang 1 sudu makan
Baking powder dan sedikit garam
Bahan blender ,jintan manis jintan putih,lada hitam sukatan sama yerr..1 sudu lada hitam,satu sudu jintan manis satu sudu jintan putih..ambik sedikit sahaj yerr lbh kurang sukatan dia atas 👆🏼
Campur semua
Kunyit sedikit 
telur kuning sahaja
air putih
1 1/3 cawan air

Minyak kene btl2 panas yerr..
Byk jenis yerr serbuknya...ni di antara nye lah..
Utk dapatkan serbuk lbh kasar..pekatkan saja bancuhan dgn tepung beras dan ubi...
Untuk dapatkan lbh blh gandakan bancuhan...slmt mencuba..klu ada yg x faham blh btnya yerr.

Memang dah wajib buat nih....sedap wehhh...




 👆🏼



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LEARN ENGLISH

ZIKIR DOA UTK ANAK yg exam