KEK GULA HANGUS VERSI ORANG LAMA

Meh...sis nak tepek kek gula hangus versi orang lama....resepi ni share dr Mama Annur...resepi orang lama ni tak boleh nak elak...ade pantang larangnye....



Jom kita tengok bahan-bahannya...

Bahan untuk karamel/gula hangus
1 cawan gula pasir
3 sudu mentega
1 cawan air mendidih

Cara-cara:
1. Cairkan mentega di dalam periuk, kemudian masukkan gula
2. Dengan api sederhana kecil, hanguskan gula hingga keperang-perangan
3. Bila dah perang, terus tuang air panas mendidih ke dalam gula hangus tadi
4. Kacau supaya semua gula yang berkerak tadi tu menjadi rata
5. Padamkan api. Biarkan gula hangus sejuk

 Bahan-bahan untuk membuat kek
4 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara:
1. Pukul telur dengan handwhisk
2. Masukkan susu pekat dan kacau sebati
3. Ayak tepung beserta soda ke dalam adunan-masukkan sedikit demi sedikit
4. Tepung dan gula hangus dimasukkan berselangselisemasa mengadun
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang bila adunan dah nampak sebati
6. Jangan risau kalau adunan nampak cair. Sememangnya begitulah kejadiannya
7. Rehatkan adunan di dalam loyang tadi selama 1 hingga 2 jam
8. Bakar 170C - 50 minit api bawah then 10 minit api atas bawah

Tips:
Tujuan adunan direhatkan sebegitu lama adalah untuk membenarkan soda bikarbonat untuk bertindak menghasilkan gelembung-gelembung udara.
Dalam menghasilkan kek gula hangus, paling penting, jangan terlebih pukul. korang tak mungkin nak kek gula hangus korang jadi kek dua lapisan kan? Dimana lapisan atasnya tekstur macam kek span dan kek sarang semut di lapisan bawahnya.....So, pukul sekadar nak sebatikan semua bahan jer okey.....
 Selamat mencuba uols.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LEARN ENGLISH

ZIKIR DOA UTK ANAK yg exam