Pressure Cooker Noxxa...mahal ke bil elektrik

Nak citer sket tentang Pressure Cooker Noxxa ...sbb ramai gak yang tanya  sis, kalau selalu sangat guna PC Noxxa bil mahal tak....

Bawah ni sis nak share kiraan penggunaan blok elektrik dr TNB...memang sangat2 MENJIMATKAN...

Alhamdulillah👍
Tak risau lagi nak guna noxxa dgn kerap☺

Berapa jumlah blok elektrik untuk penggunaan 1 jam periuk Noxxa?

Maklumat tentang power rating periuk Noxxa boleh disemak dibawah periuk atau di dalam manual. Saya senaraikan seperti yang dicatat dalam manual

Model No: PC335CA
Watt: 1300 watts (ya maklumat ini kita perlukan!)
Rated Voltage: 220V~240V
Rated Frequency: 50Hz

Ok cantek.. kita dah ada 2 maklumat tadi. Seterusnya kita belajar cara kira kos bil api ye.

Macam mana cara kira bil elektrik?

Senang je, dulu cikgu fizik ada ajar masa form 4 di sekolah. Gunakan rumus ni:-

Bil Elektrik (RM) = Jumlah jam pengunaan kuasa (kWh) x Tarif elektrik (RM/kWh)

Soalannya berbunyi: Berapa Kos Bil Elektrik Untuk Penggunaan 1 Jam Periuk Noxxa?

Dari soalan ni, kita dapat maklumat tentang masa iaitu h dalam rumus.
So h = 1 hour (h)

maklumat lain yang kita ada;

Rate tarif TNB: RM 0.2180 / kWh
Power rating Periuk Noxxa = 1300 watts (W) = 1.3 kW

Kemudian cantumkan dalam rumus

Bil Elektrik (RM) = Jumlah jam pengunaan kuasa (kWh) x Tarif elektrik (RM/kWh)                             = 1.3 X 1 X 0.2180   = RM 0.28 sahaja #

Jadi jawapannya: kos penggunaan elektrik Periuk Noxxa selama 1 jam adalah sebanyak RM0.28 sahaja!

Jadi jika dalam 1 bulan anda gunakan periuk Noxxa selama 10 jam, darab je RM 0.28 dengan 10, dapatlah jumlahnya RM2.80

Kalau 30 jam sebulan? (kes rajin memasak sehari 1 jam tiap tiap hari),  cuma RM 8.40 sahaja!

1 jam memasak boleh buat apa ye? Kejap saya cuba senaraikan menu harian yang kos masanya 1 jam.. (masa anggaran sahaja, berdasarkan manual yang diberikan)

Nasi - 7 minit
Daging - 15 minit
Ayam - 10 minit
Sayur - 2 minit

Total = 34 minit sekali sesi memasak. Kalau sehari masak 2 kali cukup la lebih kurang 1 jam lebih sikit je..

Kesimpulannya
Masak sejam dengan periuk Noxxa menelan kos bil elektrik sebanyak RM0.28 sahaja. :) Jimatkannn....

Apalagi jom sape2 yang berhajat dengan Pressure Cooker Noxxa boleh wasap sis www.wasap.my/60196525112

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LEARN ENGLISH

ZIKIR DOA UTK ANAK yg exam