Baca SUrah Ini Sewaktu Sakit Hingga Ajal Menjemput...Tubuh Tidak Akan Membusuk Dalam Kubur

Baca Surah Ini Sewaktu Sakit Hingga Ajal Menjemput...Tubuh Tidak Akan Membusuk Dalam Kubur


Rasullullah s.a.w pada suatu ketika bersabda:

"Demi Allah yang jiwaku di genggamanNya, sesungguhnya QUL HUWALLAHU AHAD itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, ALLAHUSSOMAD itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, LAM YALID WALAM YUULAD tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, WALAM YAKULLAHU KUFUAN AHAD tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s"


Berkata ibni Abbas r.a bahawa Rasullullah SAW telah bersabda:

"Ketika saya (Rasullullah SAW) isra' ke langit, saya melihat arasy di aats 360000 pilar dan jarak jauh antara satu pilar ke pilar yang lain ialah 300000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap pilar itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12000 dan luasnya setiap padang itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang itu, terdapat 80000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al Ikhlas baik lelaki mahupun perempuan."


Riwayat Anas bin Malik r.a juga merakam kisah berkaitan surah Al Ikhlas.

"Suatu ketika 70000 malaikat diutus datang kepada seorang sahabat di Madinah yang meninggal. Kedatangan para malaikat itu hingga meredupkan cahaya matahari, 70000 malaikat diutus hanya kerana almarhum sering membaca surah ini. "

Anas bin Malik r.a yang saat itu sedang bersama Nabi Muhammad SAW di Tabuk merasakan cahaya matahari redup tidak seperti biasanyadan malaikat Jibrail a.s datang kepada Nabi untuk memberitakan kejadian yang sedang terjadi di Madinah. 

Rasullullah SAW bersabda: "Barangsiapa membaca surah Al Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia maka tubuhnya tidak akan membusuk di dalam kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga." (HR Qurtuby)

Dari Abu Said (Alkhudri) bahawa seorang lelaki mendengat seseorang membaca dengan dengan berulang-ulang Qul Huwallahu Ahad. Tatkala pagi hari, orang yang mendengar tadi mendatangi Rasullullah SAW dan menceritakan kejadian tersebut dengan nada seakan-akan merendahkansurah Al Ikhlas. Kemuadian Rasullullah SAW bersabda:
"Demi yang jiwaku berada di tanganNya, sesungguhnya surah ini sebanding dengan sepertiga Al-Quran." (HR Bukhari)

Nabi Shallahu alaihiwassallam bersabda, " Apakah seorang di antara kalian tidak mampu untuk membaca sepertiga Al-Quran dalam semalam?" Mereka mengatakan " Bagaimana kami boleh membaca sepertiga Al- Quran?". Lalu Nabi Shallahu Alaihi Wassalam bersabda, Qul Huwallahu Ahad itu sebanding dengan sepertiga Al Quran." (HR Muslim)

Jom kita sama-sama amalkan....


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LEARN ENGLISH

ZIKIR DOA UTK ANAK yg exam