RENDANG SEMPOI

Resipi rendang ayam senang, mudah, cepat lagi sedap

Kredit to empunya

Rendang ni mmg sesuai utk mereka2 yg takde masa nak bertapa kat dapur lama2....bahan tak banyak...mmg sempoi.....senang gilerr kentang

Bahan-bahan:

- ayam 3 ketul
- 2 bijik bawang merah (blender / tumbuk)
- 2 bijik bawang putih (blender / tumbuk)
- halia 3cm
- 1 batang serai 
- 3 sudu cili kering blender / kisar (cili boh pon boleh. tapi kalau guna cili boh tak payah masukkan asam keping dah)
- 1/2 sudu kerisik
- 1 asam keping
- setengah kotak santan tak kisah brand apa 
- garam & gula

Cara-cara:

1. Tumis semua bahan blender (bawang merah, bawang putih, halia, serai)
2. Masukkan cili kisar /blender @ cili boh. tumis sampai cili masak.
3. Masuk kan kerisik, sambung tumis.
4. Masukkan ayam. tambah air sikit. (kalau terbanyak air, jangan panik, buat api kuat sikit, tunggu sampai air kering sikit. hehehehe)
5. Agak-agak ayam dah nak masak, masukkan santan and asam keping.
6. Masukkan garam dan gula. tak nak gula pon takpe. santan tu dah lemak-lemak manis dah.


***kalau ada daun kunyit, boleh potong-potong tabur. nampak la berseni sikit kan..
***kerisik tu takde pon takpe.
***kepekatan rendang tu ikot selera sendiri-boleh lebihkan bahan tumis kalau nak pekat
***kalau nak rendang berapi pedas. boleh ketuk 4-5 batang cili padinye.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LEARN ENGLISH

ZIKIR DOA UTK ANAK yg exam