SPAGHETTI CARBONARA SIMPLE

SPAGHETTI CARBONARA
.
Ramuan yang diperlukan :
1) Spaghetti (Kimball)
2) Prego Mushroom Carbonara (tin)
3) Daging cincang Ramly (1/2 bahagian)
4) Udang putih (8-10 ekor)
5) Susu full cream (1 1/2 cawan)
6) Cendawan butang dan sosej
7) Daun oregano
8) 2 sudu besar lada hitam
9) Garam secukup rasa
10) 2 biji bawang besar (potong dadu)
11) 4 ulas bawang putih (potong kecil)
.
BAHAGIAN 1
Mula mula panaskan minyak. Sebaiknya guna minyak zaitun. Kalau takde, minyak masak biasa pun boleh. Bila minyak dah panas, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan daging cincang dan tumis sehingga air daging itu kering. Kemudian masukkan dua sudu lada hitam, daun oregano, cendawan butang dan sosej yang dihiris nipis sekaligus sehingga sebati dan naik bau. Kecilkan sedikit api dan kacau sebati dalam masa 5 minit. Kemudian masukkan pula udang dan kacau lagi sehingga udang cukup masak.
(jangan masuk udang awal kerana udang akan jadi keras)
Masukkan sos prego mushroom carbonara dan kacau sehingga rata. Kemudian masukkan 1 1/2 cawan susu full cream, kacau sampai sebati. Masukkan garam secukup rasa dan tunggu sehingga kuah carbonara mendidih.
.
.
BAHAGIAN 2
Panaskan air dan rebuskan spaghetti sehingga lembut. Jangan rebus terlalu lama bagi mengelakkan spaghetti jadi terlalu lembik.
Toskan spaghetti dan tunggu sehingga cukup sejuk sebelum dihidangkan bersama kuah spaghetti carbonara. Siap untuk dihidang !
.
.
Kredit Resepi : http://www.afzalsukasuki.com/…/resepi-mudah-dan-sedap-spagh…

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LEARN ENGLISH

ZIKIR DOA UTK ANAK yg exam