RENDANG PUSAKA 3 IN 1 NOXXA

Rendang Pusaka 3 in 1

A) 1 kg daging
500g paru lembu
500g hati lembu

* paru direbus dulu high pressure 10min.
Lepas tu potong kesemuanya ikut saiz sesuai utk rendang.

B) 10 biji bawang besar dihiris dan digoreng utk buat bawang goreng

C) 40 tangkai cili kering di goreng sebiji-sebiji (jgn potong dulu)
* kisar

D) 10 ulas bwg merah
5 ulas bwg putih
8-10 btg serai tgk saiz (hiris)
2 inci halia
2 inci kunyit hidup / 2 sudu kcl kunyit serbuk
* kisar semua di ats

E) 2 sudu bsr ketumbar
2 sdbsr jintan manis
2 sdbsr jintan putih
* goreng tanpa minyak dan kisar halus

4 kpg asam keping
3 kotak santan / 600ml santan
8 sdbsr kerisik
Garam n gula
Kiub ayam setengah kiub

1. Bhn A digaul dgn bhn C D E dan 200ml / 1 kotak santan.
High pressure 30 min.

2. Bila siap, buang tekanan, off button. Kemudian on button stir fry utk keringkan rendang.

3. Masukkan 2 kotak santan / 400ml santan selebihnya dan kiub ayam. Juga masuk asam keping.

4. Bila dh hampir kering, masukkan bawang goreng, garam n gula dan kerisik.

5. Biar sampai kering ikut citarasa anda.

Selamat mencuba👍👍👍memag mabeles...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LEARN ENGLISH

ZIKIR DOA UTK ANAK yg exam