Cheese cake mudah...

Cheese cake mudah yakmat. Tak yah bakartak yah kukus. Modal rendah, hasil macam kek mahal
Kek ni, kak Bib buat last week. Antara kek yang paling senang nak buat.
Anak kak Bib yang sekolah rendah pun boleh buat tau. Eh, memang senang yakmat rasa penuh nikmat.
Sapa nak cuba, ni kak Bib share resepi k
MARIE CHEESE CAKE
Bahan A
600g biskut Marie coklat
500ml susu segar di panas kan
Bahan B
500g cream cheese
10ml susu segar
100g gula halus
8g gelatin*
30gm air*
*didihkan air. Tutup api, masukkan gelatin. Kacau rata sampai gelatin cair.
Cara cara
Siapkan loyang 7x7 inci. Alas dengan kertas minyak. Kalau loyang yang loose lagi bagus.
Dalam bekas lain, satu kan bahan B kecuali gelatin. Pukul hingga sebati. Masukkan gelatin dan kaup rata.
Ambik satu keping biskut Marie, celup dalam susu suam. Biar lembut sikit. Susun dalam loyang.
Tuang 2 sudu cheese, ratakan
Ulang lagi ngan biskut sampai habis. Last, letak cheese, tabur biskut Marie coklat dan plain untuk hiasan.
Simpan dalam dalam fridge sebelum di potong. Memang sedap tau! Rasa macam makan kek.
Kalau nak resepi dan tips masakan lain, Boleh follow fb kak Bib Habibah Badar Bajrai

tq kak bib.....sumber fb Habibah Badar Bajrai

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LEARN ENGLISH

ZIKIR DOA UTK ANAK yg exam