Mango Cheese Cake

~ Mango Cheese Cake ~
tq ... sumber asal Cloves Restaurant & Cafe

Ramai yang datang Cloves Dining tercari-cari Mango Cheese Cake ni. Mudah sangat nak buat sebenarnya.
Kami sharekan resepi pada semua.
Ada masa bolehlah cuba ya 😊
-------------------------------
Bahan untuk base/crust
- 10 keping biskut Digestive
- 60g salted butter
Bahan untuk cream cheese
- 500g cream cheese
- 300g non dairy whipping cream
- 60g gula icing
- 2 sudu besar gelatin
- 5 sudu besar air panas
- 1 sudu besar air perahan lemon
- Esen vanilla
- 2 bij mangga
Cara-cara :
- Hancurkan biskut Digestive dan campurkan dengan butter yang dicairkan. Tekapkan dalam loyang saiz 9inci.
Masukkan ke dalam chiller selama 10minit.
- Putar cream cheese dan gula sehingga kembang.
- Dalam bekas lain, putar whipping cream sehingga kembang.
- Campurkan kedua-dua adunan sehingga sebati, dan masukkan air perahan lemon, esen vanilla dan gelatin yang dilarutkan dalam air panas.
- Selepas sebati, masukkan mangga yang dipotong dadu, kacau rata dan masukkan ke dalam loyang.
- Simpan dalam chiller sekurang-kurangnya 8 jam sebelum dipotong.
*untuk lapisan atas, cuma campurkan puri mangga dengan agar-agar. Fungsinya untuk mencantikkan kek dan mengelakkan kek dari kering. Puri ni banyak dijual di kedai bahan kek.
Selamat mencuba 😊

Versi sis...topping blueberry

Topping :
1sdk galetin / agar2
30ml air
150g blueberry filling


Sub

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LEARN ENGLISH

ZIKIR DOA UTK ANAK yg exam