Nasi Daging Utara

NASI DAGING UTARA
By Cik Kiah Kicen
.
Bahan-bahan asas:
7 pot beras basmathi (1 kilo)
6 pot air
1/2 tin susu cair
1 1/2 kilo daging (hiris nipis)
2 sdb minyak sapi
1 sdb Minyak biasa
Garam
2 ketul pati ayam
Daun pandan (simpul)
.
Bahan hiris dn tumis:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 in halia
Rempah tumis 4 sekawan ( kayu manis, pelaga, cengkih dn lawang)
4 sdb rempah kurma (rempah kurma dari @rempahratusmaksiti )
.
Bahan tabur:
Daun bawang , daun sup & bwg goreng
.
Penyediaan:
👩🏼‍🍳 mode stirfry/saute  panaskan minyak sapi dn sedikit minyak.
👩🏼‍🍳 tumis rempah 4 sekawan dan kemudian bahan hiris serta daun pandan  goreng hingga sedikit layu.
👩🏼‍🍳 masukkan rempah kurma , kacau dan tambah sedikit air.
👩🏼‍🍳 goreng sehingga pecah minyak.
👩🏼‍🍳 masukkan lagi air dan kemudian daging. Kacau rata. Tekan OFF/CANCEL.
👩🏼‍🍳set masa pressure 40 minit (Noxxa HP 40 minit / Philips KPT 40 minit mode steam atau meat)
👩🏼‍🍳 habis masa bebas wap dan buka lid.
👩🏼‍🍳 masukkan  susu. Diikuti garam , pati ayam dan beras. SUKATAN BERAS 1 KILO DAN DAGING 1 1/2 KILO HANYA MUAT UTK PERIUK NOXXA SAJA YA. JIKA GUNA PHILIPS BERAS HANYA MUAT 5 POT DAN DAGING 1 KILO SAJA.
👩🏼‍🍳 tutup dan lock lid, set masa masakan 7 minit. ( Steam/manual utk Philips / Low Pressure utk Noxxa lama : Rice utk Noxxa baru)
👩🏼‍🍳 habis masa bebas wap dan buka,  masukkan daun bawang , daun sup & bawang goreng. Siap.
.
TIPS:
✅ kapasiti Noxxa dan Philips tak sama. Noxxa 8L dan Philips 6L. Sukatan atas utk Noxxa sbb smlm ckk masak banyak. Kalau guna Philips kene kurangkan sukatan beras dan daging, termasuklah sukatan rempah.
✅ sukatan air tu ckk kurangkan sbb masa rebus daging nanti, akan ada tambahan air dr daging. Kalau letak ikut sukatan biasa nanti nasi terlebih air. So kurangkan air.
✅Memasak menggunakan Pressure Cooker wajib amalkan prosedur keselamatan SAFETY FIRST. Utk newbie, sila baca manual yg diberi terlebih dahulu ya. Fahami periuk anda dan masaklah dengan yakin. Keselamatan anda dan keluarga tanggungjawab anda.
✅ utk resepi2 yg lebih banyak dan tips2 menggunakan PC, boleh dapatkan buku resepi periuk tekanan cik kiah kicen, wasap num CKK 👇🏼
.
www.wasap.my/60136188802/bukuresepickk
.
www.wasap.my/60136188802/bukuresepickk
.
Pesanan ini dr Chef Ir. Cik Kiah Kicen

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LEARN ENGLISH

ZIKIR DOA UTK ANAK yg exam