PULUT KUNING NOXXA

Bahan-bahan : -
* 2 cawan beras pulut (rendam dan letak sedikit serbuk kunyit & 1 keping asam keping selama 15min)
* 1 1/2 cawan air
* 1/2 cawan santan
* 1/2 sudu teh garam
* 1 helai daun pandan

Cara-caranya :-
- Basuh & toskan beras serta tuang ke dalam periuk noxxa. Masukkan air, daun pandan & garam.
- Tutup penutup dan halakan tombol ke arah pressure. Set butang "high pressure" selama 6 minit dan tekan "ON"
- Apabila sudah masak, tekan butang OFF dan release wap tekanan. Buka tudung dan masukkan santan serta gaul sebati. Tekan butang "warm/reheat" dan tekan ON. Pastikan penutup periuk tutup semula
- Biarkan dalam 5 minit, kemudian tekan butang OFF. Apabila pulut betul-betul masak, angkat dan barulah dihidang bersama-sama rendang atau kari.

Nota: asam keping direndam bersama pulut adalah untuk bagi pulut berkilat lepas masak.


Setelah dimasak...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LEARN ENGLISH

ZIKIR DOA UTK ANAK yg exam