Congo bar mudah

Congo bar mudah dibuat sedap dimakan.

Bahan-bahannya adalah.

150 gm butter
250 gm gula perang (kurangkan jika taknak manis sangat)
3 biji telur
2 sudu teh esen vanila
310 gm tepung gandum
2 setengah sudu teh baking powder
300 gm cip coklat
coklat beryls untuk hiasan

Caranya.

1. Kacau butter dan gula perang. Saya guna senduk saja tanpa mixer.

2. Setelah sebati, masukkan telur  beserta esen vanila dan terus kacau.

3. Masukkan tepung gandum yang telah digaul dengan baking powder. Setelah sebati masukkan coklat chip dan teruskan kacau adunan.
Coklat beryls bolehla disusun selepas masukkan adunan ke dalam loyang@tray pembakar.

4. Panaskan oven terlebih dulu 170/180 darjah celsius. Hidupkan api atas bawah.

5. Satu adunan = 1 loyang size 12" atau 2 loyang saiz 7".

6. Bakar selama 25 -35 minit ikut oven masing2 pada suhu170/180 °.

Senangkan. Selamat mencuba u alls 😉

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LEARN ENGLISH

ZIKIR DOA UTK ANAK yg exam