Puding Goyang

Assalamualaikum.
Boleh ke kalau saya nak share resepi puding saya buat niaga ni? Kalau nak buat niaga insyaAllah sedap sangat ☺️
modal pn tak besar sgt 😊
#pudinggoyang ❤️

Bahan-bahan ni boleh buat utk 3bekas macam dalam gambar ye 😊

Roti sosej  (3batang) (tolong buang ye kerak2 warna coklat pada roti tu. Ambil yg putih saja)

Susu pekat (suku tin) *kalau nak manis boleh letak lebih
Susu cair (setengah tin)
Telur 2biji (gred A)
Esen vanila (satu penutup dia)
Air 2 cawan
(Campur semua dalam satu blender, pastu blend je jangan sampai berbuih sangat. Kalau berbuih sangat boleh kaup buang buih tu)

Gula 5sudu (masak atas api slow utk jadikan karamel. Gaul sentiasa supaya tak hangit dan pahit)

Dah siap gula karamel. Letak nipis je dalam tiap bekas. Tunggu gulanye sejuk sikit. Letak bahan yg diblend tadi kedalam bekas. Kukus 25minit.

Untuk kuah. Ambil lebihan susu cair tadi. Tambah air panas. Jangan tambah air tu sampai terlalu cair ye susunye. Then tambah satu penutup esen vanilla. Siap ☺️

Hidangkan sejuk2. Memang sedap πŸ‘πŸ»

Fb masak apa hari ni..mahn

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LEARN ENGLISH

ZIKIR DOA UTK ANAK yg exam