Meh...meh...sis nk share resepi Bubur Kacang Hijau versi Pressure Cooker Noxxa.... Sumber resepi dr sini ...tq empunya resepi... Bahan-bahan : * 1 1/2 cup kacang hijau * 1/2 cup gula pasir * 1/2 cup pati gula melaka * 3 sudu besar sagu ~ direndam dalam 5 minit * 3 cup air * 1 kotak santan : jadikan 3 cup santan * 2 ikat daun pandan * Sedikit garam Cara-caranya : 1. Masukkan kacang hijau, pandan dan 3 cawan air - High Pressure 15 minit -kacang tu akan pecah-pecah gitu 2. Setelah itu tekan mode stir fry masukkan santan, gula pasir, gula melaka, biji sagu serta garam untuk kasi lemakkan bubur tersebut.. masak dalam 5 minit 3. Siap... hahhh kan tak lama mana pun.. kejap jer kalo dengan Noxxa ni.... Jom buat....sedap woo....sis dah try.....
Arini menggooggle resepi pulut kuning guna PC Noxxa...maka terjumpalah resepi bawah ni...mmg osem....jom tgk resepi.... Sumber asal resepi ni disini Bahan-bahan Pulut Kuning 3 cawan beras pulut Serbuk kunyit 1 keping asam gelugur Sehelai daun pandan 1/2 cawan santan pekat Sedikit garam Cara-cara; 1. Rendam beras pulut bersama sedikit serbuk kunyit dan sekeping asam gelugor selama 15 minit. 2. Selepas 15 minit, cuci beras pulut dan sejatkan. 3. Masukkan beras pulut ke dalam periuk Pressure Cooker Noxxa bersama sehelai daun pandan. 4. Masukkan air ke dalam periuk tadi sehingga paras beras pulut sahaja. Jangan lebih atau kurang. 5. Pusingkan tombol pressure valve atas penutup periuk kepada tanda Pressure. Setkan high pressure 5 minit. 6. Selepas Pressure Cooker berbunyi tanda beras pulut telah masak, pusingkan tombol pressure valve atas penutup periuk untuk mengeluarkan wap. Setelah habis semua wap keluar, barulah buka penutup periuk (Tudung tidak dapat ...
Ulasan
Catat Ulasan