ZIKIR DOA UTK ANAK yg exam

BICARA HATI (DOA) ASMA'ULHUSNA buat anak yang akan menduduki PEPERIKSAAN

MOGA IBU AYAH & ANAK TENANG green_heart::green_heart::green_heart::green_heart::green_heart::green_heart::green_heart::green_heart::green_heart::green_heart::green_heart::green_heart::green_heart:

Allahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid, sesungguhnya Engkaulah yg Maha Memiliki Ilmu, Maha Bijaksana dan Maha Cerdas

Kurniakanlah kepada anak kami keberkatan dan Kefahaman terhadap ilmu yang mereka pelajari, kebijaksanaan dalam menjawab setiap soalan dengan betul dan kecerdasan dalam menyelesaikan kertas peperiksaan mengikut waktu yang ditetapkan.

Allahumma Ya Mani' (Yang Maha Mencegah), cegahlah mereka daripada penyakit lupa, was-was dan resah gelisah.

Allahumma Ya Zohir, Yang Maha Menzahirkan, Ilhamkanlah jawapan dalam fikiran mereka dengan Cahaya PetunjukMu Ya Nuur Ya Haadi Ya Haqq

Allahumma Ya Baari' (Yang Maha Mengatur), aturkanlah agendaMu kepada anak kami ini agar mereka dapat fokus ketika di dewan peperiksaan

Allahumma Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin,
Ya Allah Yang Maha Perkasa, Maha Kuat dan Maha Teguh. Kurniakan kekuatan kepada jiwa, minda, mata telinga dan seluruh jasad mereka dalam mengharungi ujian dan cabaran peperiksaan ini.

Allahumma Ya Ba'its, Yang Maha Membakar Semangat dan Maha Memberi Motivasi, bakarkan semangat mereka untuk terus mengulangkaji pelajaran di saat akhir ini.

Allahumma Ya Quddus Ya Jalil, Yang Maha Suci dan Maha Jernih, bersihkan dan jernihkan hati dan fikiran mereka daripada bisikan syaitan dan nafsu yang melemahkan semangat mereka.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Ro'uf Ya Karim, jadikan peperiksaan ini sebagai medan untuk mereka dan kami menjadi abdiMu dan KhalifahMu di bumi, semoga dengan kecemerlangan peperiksaan ini membawa mereka dan kami lebih hampir kepadaMu.

Aamiin ya Mujib (Yang Maha Memaqbulkan)

Selamat berjuang duhai Anak² PT3 & UPKK

:green_heart::green_heart::green_heart::green_heart::green_heart::green_heart::green_heart::green_heart::green_heart::green_heart::green_heart::green_heart::green_heart:

(Rentetan perkongsian Ustzh Nurhafizah Musa, program di tg karang). kekuatan Asmaul husna.

Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang exam ya..

Allahumma 1x
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 40x
Bicara hati
Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik. 1x

Allahumma 1x
Ya zohir 40x
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda ankku kerana Kau Maha Menampakkan 1x

Allahumma 1x
Ya Fatah 40x
Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul. 1x

Allahumma 1x
Ya Baari'. 40x
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik2nya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi.
Aku yaqin hanya kuasaMu shj Ya Allah.. aku tiada daya.. 1x.

Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam .. zikirlah. Bayangkan ank2 sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak2 ada dalam keadaan berwuduk masa nak pergi skolah. Kalau batal takpe.. mak ayah kena istighfar sepanjang exam ini juga ya..

Mudah2an perkongisan ini dirahmati Allah.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LEARN ENGLISH