RED VELVET CHEESE

Thanks to  FB Saiful Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)





Jangan cakap saya tak payung yerπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Kakak2..abang2..makcik2..pakcik2..adik2 semua..Maaf sebab semalam saya teramat bizi, so ni sy sertakan resepi seperti permintaan..ni pun taip2 bijik mata duk belik2 lagiπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ngantuk..,klu ada yg marah harap maafkan saya yer..silakan share..klu tersilap taip bagitahu ok..
Untuk bahan-bahan kek tu..
(Loyang saiz 12×12 dapat 1 bekas)
(Loyang saiz 8x8 dapat 2 bekas)
450gm cup tepung kek
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis
Sikit pewarna merah
250 gm buttercup
150 gm gula
3 biji telur ( A)
2 sudu kecil esen vanila
1 3/4 Cream of tartar
*Buttermilk
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu kecil sodium bikarbonat soda
1 cup (240 ml) susu kotak full cream
Sapukan minyak pada loyang & pre heat oven pada suhu 150 degree..tepung kek dan serbuk penaik diayak di dalam satu bekas dahulu..Di dalam satu bekas lain, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah(guna yg powder ada jual) .Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur diikuti esen vanila dan red velvet (koko powder+red powder) tadi. Ratakan campuran..
Mixer guna #1, masukkan sebahagian tepung.. kemudian masukkan separuh buttermilk & susu..diikuti cream of tartar pukul rata lagi.. Masukkan baki tepung,pukul dan masukkan semua buttermilk,pukul lagi..Tuang dlm loyangvyg dah di griskan..Bakar pada suhu 150 degree selama 45 minit api atas bawah..buka angin dia..
πŸ‘‰Untuk layer atas tu, sy guna Light cheese powder sahaja sebab lagi senang dari cream cheese tu.
Lapisan atas..
πŸ‘‰(Ni sukatan boleh guna banyak lapis,terpulang nk tebal ke nak nipis lapisan atas tu)
500gm Cheese powder (warna putih)
50gm susu tepung..(sb nk bg soft yellow color & lemak )
Minyak jagung 175ml
Telur 3 biji
πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†
Pastikan kek bahagian atas sudah kering baru tuangkan Light Cheese tu, guna api atas sahaja 100 degree atau kuning keemasan tu kira dah masak la...sukatan atas tu boleh guna banyak kali.
Selamat mencuba!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LEARN ENGLISH

PULUT KUNING PRESSURE COOKER NOXXA

BUBUR KACANG HIJAU NOXXA