Brownies Kedut Loyang Saiz 8

kredit to fb mohammad syaqirin haqimi
utk brownies ni yg x terlalu manis ni....

BROWNIES KEDUT LOYANG SAIZ 8
1)coklat masakan 300gram
2)tepung gandum 80gram
3)telur gred A 2 biji
4)brown sugar 80gram
5)esen vanila 1tsp
6)butter 125gram
7)serbuk koko 15gram


Cara-cara
Double boil coklat tu bersama butter dlm bowl. Sementara double boil tu panaskan oven selama 20minit pada suhu 190Masukan telur dalam bekas bersama gula tersebut kacau sehingga gula larut dlm telur dan masuk kan esen vanila . Coklat yg double boil td dah cair angkat dan biarkan dia suam dan baru masukan campuran telur dan gula dlm bekas coklat tersebut . Kacau biar sebati . Dan  selepas sebati masukan tepung gandum dan serbuk koko dlm bekas coklat tersebut . Kacau sehingga sebati . X perlu mixer kacau hanya sekejap sahaja . X perlu lama2 . Kalau terlalu lama tiada kedutan . Loyang tersebut kene lah sapu dengan manjerin atau minyak dan guna parchment paper . Boleh lah letakan adunan tdi dlm acuan . Dan hentak sedikit supaya bg sama rata . Bakar selama 30 minit pada suhu 170. Tapu bergantung pada jenis oven. So berpada pada lah yee. Selamat mencuba 🤘🏻


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LEARN ENGLISH

ZIKIR DOA UTK ANAK yg exam