Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2018

RENDANG SEMPOI

Resipi rendang ayam senang, mudah, cepat lagi sedap Kredit to empunya Rendang ni mmg sesuai utk mereka2 yg takde masa nak bertapa kat dapur lama2....bahan tak banyak...mmg sempoi..... senang gilerr kentang Bahan-bahan: - ayam 3 ketul - 2 bijik bawang merah  (blender / tumbuk) - 2 bijik bawang putih  (blender / tumbuk) - halia 3cm - 1 batang serai  - 3 sudu cili kering blender / kisar  (cili boh pon boleh. tapi kalau guna cili boh tak payah masukkan asam keping dah) - 1/2 sudu kerisik - 1 asam keping - setengah kotak santan tak kisah brand apa  - garam & gula Cara-cara: 1. Tumis semua bahan blender (bawang merah, bawang putih, halia, serai) 2. Masukkan cili kisar /blender @ cili boh. tumis sampai cili masak. 3. Masuk kan kerisik, sambung tumis. 4. Masukkan ayam. tambah air sikit.  (kalau terbanyak air, jangan panik, buat api kuat sikit, tunggu sampai air kering sikit. hehehehe) 5. Agak-agak ayam dah nak masak, masukkan santan an

BUBUR KACANG HIJAU NOXXA

Meh...meh...sis nk share resepi Bubur Kacang Hijau versi Pressure Cooker Noxxa.... Sumber resepi dr sini ...tq empunya resepi... Bahan-bahan : * 1 1/2 cup kacang hijau * 1/2 cup gula pasir * 1/2 cup pati gula melaka * 3 sudu besar sagu ~ direndam dalam  5 minit * 3 cup air  * 1 kotak santan : jadikan 3 cup santan * 2 ikat daun pandan * Sedikit garam Cara-caranya : 1. Masukkan kacang hijau, pandan dan 3 cawan air - High Pressure 15 minit -kacang tu akan pecah-pecah gitu 2.  Setelah itu tekan mode stir fry masukkan santan, gula pasir, gula melaka, biji sagu serta garam untuk kasi lemakkan bubur tersebut.. masak dalam 5 minit 3. Siap... hahhh kan tak lama mana pun.. kejap jer kalo dengan Noxxa ni....  Jom buat....sedap woo....sis dah try..... 

Rendang Ayam Noxxa

Rendang Ayam periuk Noxxa Sy cedok resepi dr sini . Tq empunya resepi... Bahan utama :  1 ekor ayam - potong kecil dan cuci bersih  Bahan kisar :  30 tangkai cili kering (boleh tambah atau kurangkan cili, rebus cili dengan air hingga didih, toskan)  3 labu bawang besar  1/2 labu bawang putih  2 batang serai  1 inci halia  1 inci lengkuas  2 ruas kunyit  Air secukupnya untuk mengisar  Bahan lain :  1 helai daun kunyit diracik  3 batang serai diketuk  2 keping asam gelugur  2 sudu besar kerisik  500 ml santan pekat  Garam dan gula secukup rasa  Cara penyediaan :  1. Tumis bahan kisar dan serai- guna stir fry 2. Masukkan  ayam,  kerisik, santan, garam dan gula  dan kacau 3 minit - mode stir fry 3. Tutup periuk tekanan dengan tudungnya. Pastikan tombol di atas tudung periuk berada dalam fungsi 'high pressure'. Tekan fungsi 'high pressure' 4 minit. Tekan butang on.  3. Tunggu sehingga masa tamat dan periuk berbunyi 'beep' berulang kal

PULUT DURIAN

Resepi: 4 cawan pulut 4 cawan air Steam 7 minit Bhn2 lain: Gula melaka Santan Isi durian Pergh....makan pulut bersama gula melaka, santan dan durian....mabeles......

PULUT KUNING PRESSURE COOKER NOXXA

Arini menggooggle resepi pulut kuning guna PC Noxxa...maka terjumpalah resepi bawah ni...mmg osem....jom tgk resepi.... Sumber asal resepi ni  disini Bahan-bahan Pulut Kuning  3 cawan beras pulut Serbuk kunyit 1 keping asam gelugur Sehelai daun pandan 1/2 cawan santan pekat Sedikit garam Cara-cara; 1. Rendam beras pulut bersama sedikit serbuk kunyit dan sekeping asam gelugor selama 15 minit. 2. Selepas 15 minit, cuci beras pulut dan sejatkan. 3. Masukkan beras pulut ke dalam periuk Pressure Cooker Noxxa bersama sehelai daun pandan. 4. Masukkan air ke dalam periuk tadi sehingga paras beras pulut sahaja. Jangan lebih atau kurang. 5.  Pusingkan tombol pressure valve atas penutup periuk kepada tanda Pressure. Setkan high pressure  5 minit. 6. Selepas Pressure Cooker berbunyi tanda beras pulut telah masak, pusingkan tombol pressure valve atas penutup periuk untuk mengeluarkan wap. Setelah habis semua wap keluar, barulah buka penutup periuk (Tudung tidak dapat dibuka selagi wap b

SPAGHETTI CARBONARA SIMPLE

SPAGHETTI CARBONARA . Ramuan yang diperlukan : 1) Spaghetti (Kimball) 2) Prego Mushroom Carbonara (tin) 3) Daging cincang Ramly (1/2 bahagian) 4) Udang putih (8-10 ekor) 5) Susu full cream (1 1/2 cawan) 6) Cendawan butang dan sosej 7) Daun oregano 8) 2 sudu besar lada hitam 9) Garam secukup rasa 10) 2 biji bawang besar (potong dadu) 11) 4 ulas bawang putih (potong kecil) . BAHAGIAN 1 Mula mula panaskan minyak. Sebaiknya guna minyak zaitun. Kalau takde, minyak masak biasa pun boleh. Bila minyak dah panas, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan daging cincang dan tumis sehingga air daging itu kering. Kemudian masukkan dua sudu lada hitam, daun oregano, cendawan butang dan sosej yang dihiris nipis sekaligus sehingga sebati dan naik bau. Kecilkan sedikit api dan kacau sebati dalam masa 5 minit. Kemudian masukkan pula udang dan kacau lagi sehingga udang cukup masak. (jangan masuk udang awal kerana udang akan jadi keras) Masukkan sos prego mushroom carbona