Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2019

Petua laksa tahan lama

Petua mak kami kalau rebus laksa kena letak asam keping, seminggu pun laksa duk elok lagi tak lendir 🤤 Sumber masak apa hari ni..(mahn)

Telur goreng ikan

Korang suka kuah ikan singgang kan? Tapi kadang kuahnya cepat habis, ikan tu xde orang nak makan. Jangan bazirkan  ikan yang tak habis tu. Korang boleh cuba buat resipi ni. Resipi ni dapat masa Kakzura duduk rumah sedara kat kota bharu dulu. Orang dulu-dulu jarang membazir makanan. Tapi serius resipi ni sedap, rasa dia macam kita goreng telur dengan cendawan/kulat sisir. Jom kita tengok resipi ni. Resipi telur goreng ikan +++ Bawang merah Bawang putih Serbuk cili Telur Isi ikan singgang-lenyek gitu2 je Cara penyediaan Tumbuk bwg...masukkn dlm bekas ikan+ lada mesin+garam+telur- gaul rata... Panaskn minyak then curahkan telur dlm kuali....dh masak angkat dan ngappp... Selamat mencuba. ❤️ Sumber fb masak apa hari ni.. (mahn)

Bunga kantan tahan lama

Imej
Assalamualaikum.. Ini cara sy utk bg bunga kantan tahan lama Buat mcm aiskrim ye sahabat. Kalau simpan tnpa isi air lama2 akan jd hitam di dlm.. Tp buat cara mcm ni InshaaAllah tahan lama. Sy pernah simpan smpai 6bulan. 1.Bunga kantan tngk saiz ye.. Besar belah 4..kecik belah 2..kira muat msk dlm plastik aiskrim tu dlm keadaan bersilang utk jimat kan plastik😁 2.Isi air masak dlm plastik y dah di isi bunga kantan td.. Air mesti tertutup seluruh bunga kantan tu 3.Simpul kemas2.. 4.Bekukan mcm kita buat aiskrim tu 5.pesan dan bgtaw ank2.. Ini bukan aiskrim ye takot trjdi mcm sy aritu ank2 ingt aiskrim😂😂 Bau dan rasa tetap fresh Done Selamat mencuba Sumber fb masak apa hari ni..(mahn)

Homemade Bolognese sos

Saya buat sendiri bolognese sauce untuk open house. Ni untuk lbh kurang 50-60 org makan. Bajet lebih kurang +-RM50.00. Jimat banyak la daripada beli yg ready made tu kan 1- 3kg tomato rebus dan buang kulit n blend (jgn campur air) tips - pilih tomato yang dah masak dan merah  supaya senang kulitnya merekah n nanti tarik je. Juicenya juga lebih banyak 3- 4 biji bawang holland potong dadu kecil n saute (goreng) sampai naik bau 4- masukkan basil leaf ( saya x letak sbb x de ) 5- masukkan chicken/beef mince atau sosej pun boleh 6- kacau n bagi masak sikit chic/beef tadi 7- masukkan tomato blend tadi 8- masukkan tomato puree 2 tin 9- masukkan sos tomato n cili ( secukup rasa ) 10- masukkan blackpepper yg dah diblend dan garam secukup rasa 11- masukkan sayuran yg dirasakan sesuai 12- kalau pekat sgt masukkan air smpai sesuai ikut kepekatan yg anda nak 12- kacau dalam 20-30 minit ( Jgn overcooked nnti pahit ) IT'S DONE... Siapa nak share saya halalkan 💝

Brownies Cheese Cake Paling Mudah

Santapan untuk diri sendiri dan anak2. 😋 Brownies Cheese Cake Paling Senang 😁 Bahan A - Lapisan Bawah 100gm  Planta/butter (Cairkan) 200gm Gula kastor 1 sudu teh Esen vanilla Secubit garam 1 sudu besar Pewarna merah (klu nk jadi red velvet) 1 sudu teh Cuka 2 biji telur 150gm Tepung gandum 20g Serbuk koko Bahan B - Lapisan Atas 250gm Krim cheese 50gm Gula kastor 1 biji telur 1/2 sudu teh Esen vanilla Cara cara: 1. Dalam satu mangkuk besar, campurkan gula, esen vanilla dan secubit garam. 2. Kemudian masukkan pewarna merah, cuka dan 2 biji telur. Kacau dengan menggunakan 'hand whisk' sehingga gula hancur. 3. Masukkan pula tepung gandum dan serbuk koko,  kacau lagi hingga rata dan bercampur. 4. Akhir sekali masukkan butter yang dicairkan gaul bagi sebati. 5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dialas baking paper dan biarkan baking paper lebih sikit dari loyang untuk mudah di keluarkan. Asingkan dalam sesudu setengah adunan untuk buat lore

Roti jala

Roti Jala sempoi Roti jala lembut je xperlu santan, boleh simpan smp ke mlm.. .. Xdan nk siap dh spruh adunan sudah dmakan, mmg xsempat ke mlm jawabnya🤭😂 Nih resepinya.. Saya buat 1 adunan 1 kaler..💚💛❤️ Nih resepi utk 1 adunan..sgt mudah 💚2 cawan tepung gandum 💛2 cawan air tapis ❤️1 biji telur gred B 💚1 sudu besar minyak jagung@minyak masak 💛Sedikit garam ❤️Pewarna 🌼Satukan bahan2 di atas masukkan dlm blender.. Blend smp sebati.. 🌼Masukkan dlm botol muncung 3 Dan boleh menjala.. 🌼Jalakan melintang dahulu.. Kmudian baru cara menegak jadi segiempat.. 🌼Biarkan seketika dan boleh angkt xperlu terbalikkan... 🌼Dan boleh laa gulung.. 😘SELAMAT MENCUBA😘

Air sihat

Air sihat 2 cwn susu lowfat 1 inci kunyit-hiris Beberapa biji badam-tumbuk hancur 1 sudu madu Cara: 1. Didihkan susu 5-10minit 2. Masukkn badam, kunyit 3. Masukkn madu 4. Minum Jgn minum hari2...minum 2-3kali sebulan dh cukup...

Chicken chop sempoi

Chicken chop sempoi Ayam buang tulang Marinate dgn bawang putih, halia, pepper..pastu celup telur n gaul dgn tepung gandum, tepung jagung, lada hitam n garam sikit..pastu terus goreng dlm minyak panas.. Utk sos nya k ena bancuh 2 sudu besar tepung gandum dgn 1 mug air. Tapis dlm periuk, sos lasa hitam, masukkan kicap, masukkan sos cili, oyster sos...terjunkan kiub ayam..rasakan garam...kacau sampai pekat

Kuah rojak homemade

Kuah rojak Bahan: sbotol kicap manis, resipi asal kipas udang kita gne enaq Sbotol sos cili, resipi asal maggi @ life 10 bj cili api @ ikut selera 1 senduk cili boh 1 ketul gula kabung, kita xde kita guna gula  mlaka 1/2 paket gula batu( xtau saiz sbnar) main hntam je mna yg bli kt kedai Belacan biar agak pior bau kuah rojak tu. Ada yg letak udang kering n petis. Resipi asal xsuruh bubuh 1 cawan gula pasir, kita ltak lbh sbb mkan dgn mangga masam 2 sudu tpg jagung bancuh Kacang, bijan Cara: campur smua kcuali tpung jgung, kacang n bijan. Dh mndidih dan agak pekat baru letak 3 bahan terakhir. Garam tak perlu✌🏽
Suggestion nutrilite Blood circulation prob - Utk mild stroke atau stroke, bg 3 yg asas. Ni wajib Double x Salmon omega Protein Tambah:  Cal mag d & bio c ■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■ Pengganti panadol - triple guard ■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■ Sikit info ttg nutrilite. Pls watch https://youtu.be/NhuLvrHd2Ys ■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■ DOUBLE X ~ multivitamin. Vitamin pertama yg saya cuba 6 tahun lalu. Dan terus ambil sampai skrg. Alhamdulillah byk perbezaan pd badan yg saya rasa, antaranya: - badan bertenaga - lawas buang air - tegang blkg buku lali dah takde - jarang demam

Simple makeup tutorial guna artistry studio

Simple makeup tutorial guna  artistry studio https://youtu.be/roTKv1mJtck
PULUT KUNING NOXXA Bahan-bahan : - * 2 cawan beras pulut (rendam dan letak sedikit serbuk kunyit & 1 keping asam keping selama 15min) * 1 1/2 cawan air * 1/2 cawan santan * 1/2 sudu teh garam * 1 helai daun pandan Cara-caranya :- - Basuh & toskan beras serta tuang ke dalam periuk noxxa. Masukkan air, daun pandan & garam. - Tutup penutup dan halakan tombol ke arah pressure. Set butang "high pressure" selama 6 minit dan tekan "ON" - Apabila sudah masak, tekan butang OFF dan release wap tekanan. Buka tudung dan masukkan santan serta gaul sebati. Tekan butang "warm/reheat" dan tekan ON. Pastikan penutup periuk tutup semula - Biarkan dalam 5 minit, kemudian tekan butang OFF. Apabila pulut betul-betul masak, angkat dan barulah dihidang bersama-sama rendang atau kari. Nota: asam keping direndam bersama pulut adalah untuk bagi pulut berkilat lepas masak. Setelah dimasak...
Biskut Susu ...senang jek ni... ~ INI RESEPI NYE ~ BISKUT SUSU~ ~Marjerim (3 sudu besar penuh) dicairkan... ~Susu pekat manis ( 4 sudu besar penuh ) ikut suka hati ~Esen vanila (1 tudung b0tolnya) ~Tepung jagung (1 cawan ) ~Tepung gandum ( letak smpai adunan boleh di bentuk n x melekat kt tgn) Cara2... Bismillah dulu Marjerim yg dah cair campur dgn susu...n mix dgn pkai pemukul tgn je smpai pekat...masuk esen vanila..mix...masuk tepung jagung...mix smpai sebati..rehatkan dlm peti ais dlm 10 minit...keluarkan dan tambah tepung gandum penyet2 smpai x melekat kt tgn...smpai adunan b0ley dibentuk...n bentuk la suka hati n letak atas l0yang yg dah disapu minyak.. ~ letak l0yang atas kuali,tudung dgn penutup,n bukak api kecil je taw...n tngu...dlm 10 minit tgk kejap biskut tu,klau nmpak mcm dh masak,atas dh keras,ley la angkt..klau mcm lembik lgi,masak lgi..kena rjin tgk la...dh masak tu angkat n sejukkan n makannn...
Imej
Tips masak air gula cendol
Imej
Lemang Tin Noxxa
Laksa dengan Noxxa Laksa saya buat baru ni.... 10 min baru betul2 cantik dan lembut... Tanpa rendaman tau... Terus masuk kejung tu... Wat 10m... Mmg cun😁
Imej
Nasi Impit Noxxa guna beras siam dgn nisbah 1:3 Hp 20 minit.. Bila siap... lenyek pakai snduk dlu..sbb panas sngt .. Kena selalu lenyek @ tekan kasi mampat ...bila sejuk lenyek pakai sarung tangan plastik Pg esoknyer..balikkan jer....nasi impit trus kluar cam gmbr kat bawah ni...
Nasi Daging Utara NASI DAGING UTARA By Cik Kiah Kicen . Bahan-bahan asas: 7 pot beras basmathi (1 kilo) 6 pot air 1/2 tin susu cair 1 1/2 kilo daging (hiris nipis) 2 sdb minyak sapi 1 sdb Minyak biasa Garam 2 ketul pati ayam Daun pandan (simpul) . Bahan hiris dn tumis: 1 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 1 in halia Rempah tumis 4 sekawan ( kayu manis, pelaga, cengkih dn lawang) 4 sdb rempah kurma (rempah kurma dari @rempahratusmaksiti ) . Bahan tabur: Daun bawang , daun sup & bwg goreng . Penyediaan: 👩🏼‍🍳 mode stirfry/saute  panaskan minyak sapi dn sedikit minyak. 👩🏼‍🍳 tumis rempah 4 sekawan dan kemudian bahan hiris serta daun pandan  goreng hingga sedikit layu. 👩🏼‍🍳 masukkan rempah kurma , kacau dan tambah sedikit air. 👩🏼‍🍳 goreng sehingga pecah minyak. 👩🏼‍🍳 masukkan lagi air dan kemudian daging. Kacau rata. Tekan OFF/CANCEL. 👩🏼‍🍳set masa pressure 40 minit (Noxxa HP 40 minit / Philips KPT 40 minit mode steam atau meat) 👩🏼‍